KUANTAN, Oct. 16 -- Seorang lelaki disyaki pesakit mental meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tergantung di tingkap pada awal pagi tadi, kira-kira tujuh jam selepas dia dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata lelaki berusia 58 tahun dari Kampung Cendering di sini, ditemukan tergantung di jeriji tingkap bilik pengasingan wad pada kira-kira 5.50 pagi.

"Seorang petugas hospital mendakwa telah menurunkan pesakit bagi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum doktor mengesahkan kematian pesakit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk bed...