KUALA LUMPUR, Oct. 13 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati proses perundangan termaktub dalam Perlembagaan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan berkata, Anwar tidak mempersembahkan nama ahli parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya hanya mengemukakan bilangan sokongan yang diterima.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah ahli-ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

"Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaa...