PETALING JAYA, Feb. 22 -- Saluran YouTube animasi Omar & Hana versi bahasa Arab berjaya memperoleh lebih 100,000 langganan.

Syarikat animasi Digital Durian menerusi satu kenyataan berkata, ia merupakan satu pencapaian membanggakan memandangkan usia saluran itu yang baru menjangkau enam bulan sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu.

"Digital Durian dengan berbesar hati mengumumkan saluran YouTube Arab siri animasi popularnya hasil usaha sama dengan Astro Omar & Hana telah berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan.

"Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, pencapaian ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa," katanya.

Sebelum ini, keputusan menghasilkan animasi Omar ...