KUALA LUMPUR, Sept. 23 -- Lagi kes pemandu mabuk, kali ini mengakibatkan kematian seorang pelajar dalam kejadian di Jalan Raja Laut di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3 pagi, sebuah Myvi dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit mengubah laluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam, menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur seperti dilapor BH Online.

ACP Zulkefly Yahya berkata sebuah motosikal Yamaha Y15 yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu sisi depan kiri Myvi berkenaan.

Akibatnya penunggang terbabit, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Katanya mayat pelajar Tingkatan Lima ...