KUALA LUMPUR, Jan. 19 -- Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Memetik laporan Malaysiakini, Nazri dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit ketika sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

"Zaharin masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

"Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam," katanya.

Sebelum ini, bekasSetiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasinmengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri sidang media dianjurkan Nazri.

Pada 12 Januari lalu, Nazri menganjurkan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Antara yang turuthadir adalah Ahli ...