Kuala Lampur, Oct. 16 -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan apabila Parlimen bersidang pada 2 November kerana melanggar SOP Covid-19 dan mengancam kesihatan dan nyawa ahli Parlimen dengan menghadiri persidangan Parlimen pada 13, 14 dan 16 Julai sedangkan beliau sepatutnya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari semasa itu.

Adakah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan usul untuk perkara ini?

Atau adakah Muhyiddin akan terus dipegang sebagai tebusan oleh Khairuddin dan para menteri dan timbalan menteri PAS, memandangkan kerajaan Muhyiddin ini akan tumbang jika PAS menarik sokongan mereka, terutamanya dalam masa di mana Um...