KUALA LUMPUR, Sept. 24 -- Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan 11 ahli parlimennya bersama Anwar selain DAP yang berjanji akan berbuat demikian seandainya pemimpin PKR itu mempunyai cukup sokongan.

Menjangkakan Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan penuh 91 kerusi, Anwar memerlukan baki 21 ahli parlimen untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi.

Wakil rakyat lain dari blok pembangkang mungkin terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (5), Parti Warisan Sabah (9), Upko (1), Parti Sarawak Baru (2) dan satu lagi dari Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jika di...