PETALING JAYA, Feb. 22 -- Kerja membaiki kerosakan kabel di Jambatan Pulau Pinang susulan insiden kebakaran pada semalam dijangka mengambil masa kurang daripada tiga bulan.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungahyang juga Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Zairil, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih menyiasat punca kejadian selain menjamin tiada gangguan bekalan tenaga berhubung insiden itu.

"Secara umumnya, permintaan bekalan elektrik di bahagian Pulau adalah maksimum 700MW dan buat masa ini terdapat empat litar lain melalui kabel submarin dengan kapasiti bekalan sebanyak 1180MW manakala Stesen Janakuasa Gelugor mampu membekal seban...