KUALA LUMPUR, Oct. 16 -- Hong Kong tidak dinafikan terkenal sebagai antara destinasi tumpuan dunia yang menjanjikan pelbagai pengalaman menarik bagi para pelancong.

Gah sebagai "syurga" membeli-belah, Hong Kong juga amat sinonim dengan kepelbagaian aneka makanan yang pasti memikat selera rata-rata pengunjung ke wilayah itu.

Namun, tidak dinafikan penutupan sempadan kebanyakan negara susulan pandemik Covid-19 seluruh dunia menimbulkan kerinduan bagi para pelancong untuk merasai keunikan dan keenakan makanan di Hong Kong.

Atas alasan itu, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) tampil dengan sebuah kempen dengan kerjasama syarikat e-hailing Grab untuk menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan kepada rakyat negara ini.

Individu yang ingin ...