KUALA LUMPUR, Sept. 28 -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dipilih sebagai ketua menteri baru dan dijadual mengangkat sumpah esok.

Perkara itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun di Twitter.

"DSP (Datuk Seri Panglima) Hajiji Mohd Noor adalah ketua menteri Sabah yang baru. Beliau dijangka mengangkat sumpah esok pagi," catatnya di Twitter.

Sementara itu, Hajiji dalam sidang media di Kota Kinabalu pagi tadi berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilihnya, termasuk sokongan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), lapor BH Online.

Namun katanya calon timbalan menteri hanya akan dibincangkan selepas majlis di Ist...