KUALA LUMPUR, March 3 -- Pengarah Razaisyam Rashid menampilkan kelainan menerusi drama bersiri terbaharu arahannya Projek: Anchor SPM.

Mempersembahkan barisan pelakon muda berbakat, drama bersiri itu menjanjikan kandungan menarik dengan mengetengahkan nostalgia zaman persekolahan dengan beberapa plot mendebarkan.

"Di atas kepercayaan yang diberikan ini, saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza daripada aspek teknikal dan gaya seni untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi.

"Tentunya, ada cabaran dalam menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi sesi penggambaran adalah ketika berlangsungnya fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan banyak limitasi," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Projek: Anchor SPM mencerit...