KUALA LUMPUR, Oct. 8 -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju jikasekolah mencatatkan kes positif Covid-19 ditutup sementara waktu.

Presidennya, Adnan Mat berkata penutupan sementara ini adalah wajar bagi membolehkan proses mengenal pasti kontak rapat dapat dilaksanakan sekaligus mengelak risiko penularan lain.

"Jika sekolah terus beroperasi seperti biasa dengan kehadiran kontak rapat ke sekolah, Cuepacs bimbang ia boleh meningkatkan risiko penularan. Dalam masa yang sama kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sekolah dapat dijalankan dengan lebih lancar tanpa kehadiran murid-murid.

"Harus diingatkan apabila melibatkan kes Covid-19 di sekolah, kontak rapatnya adalah terlalu ramai," katanya dalam sat...