KUALA LUMPUR, Feb. 23 -- Walaupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula sejak semalam, masih belum terlambat bagi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon menduduki ujian itu.

Tampil kreatif menerusi sebuah video di media sosial, Syed Saddiq mendoakan semua calon berjaya menjawab peperiksaan dengan cemerlang selain mempunyai masa depan yang cerah.

"Apa pun yang terjadi adik-adik sudah mencuba yang terbaik.

"Selamat maju jaya dalam bidang yang akan diceburi nanti," katanya menerusi video pendek di TikTok.

Semalam, lebih 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Peperiksaan dijalankan dengan mematuhi prosedur...