KUALA LUMPUR, Jan. 26 -- Satu mesej berbaur amaran telah dikeluarkan membabitkan sistem keselamatan dalam talian pelbagai agensi milik kerajaan.

Memuat naik video ugutan tersebut di Facebook, akaun Anonymous Malaysia mengingatkan pihak berwajib bersedia berdepan kemungkinan berlaku aktiviti penggodaman melibatkan sistem dalam talian kerajaan.

Jelas pengendali akaun tersebut, tindakan itu sebagai 'pengajaran' berikutan kelemahan sistem keselamatan dalam talian negara ini sehingga menyebabkan maklumat peribadi pengguna terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab.

"Hello Malaysia. Ini adalah amaran kepada kerajaan Malaysia. Sudah tiba masa anda membuka mata setelah lama kami berdiam diri. Bersedialah. Kami tidak memaafkan, kami tidak lup...