KUALA LUMPUR, Sept. 21 -- Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan seorang pemimpin Umno didakwa positif Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, pemimpin yang identitinya masih belum diketahui dijangkiti Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.

Pemimpin berkenaan kini dilaporkan menjalani proses kuarantin dan rawatan susulan di Sabah selain tidak dibenarkan kembali ke Semenanjung Malaysia.

Sementara itu,semua kontak rapat pemimpin Umno itu turut diminta melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang penularan.

Sabah berdepan peningkatan kes Covid-19 di sebalik kesibukan parti politik berkempen bagi pilihanraya negeri yang akan berlangsung pada 26 September ini.

Published by HT Digital Content Services with pe...