PETALING JAYA, Feb. 25 -- Selebriti Sissy Imann memaklumkan dirinya berada dalam keadaan selamat dan tidak berdepan kecederaan serius akibat terjatuh dari kuda pada semalam.

Memuat naik perkembangan terkini di media sosial, Sissy berkata dia hanya mempunyai luka kecil dan kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan.

Bagaimana pun, penyanyi 'Tak Gundah' itu menjelaskan dia tidak dapat bergerak seperti biasa dan banyak berehat di atas katil.

"Selamat pagi semua. Salah satu hadiah 'manja' semalam siap comparison to hand (membandingkan dengan tangan). Anyway, buat yang bertanya Sissy okay baru lepas sarapan.

"...bila tak boleh gerak sangat best jugak, breakfast on bed (sarapan atas katil) orang kata walaupun macam nenek tua nak duduk p...