KUALA LUMPUR, Sept. 18 -- Tidak lagi bergelar menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan bantuan kepada penduduk Muar.

Bekas menteri belia dan sukan hari ini mengedarkan komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan di daerah itu.

"Kami kayuh 25km keliling Muar edarkan komputer riba. '1Keluarga 1Laptop'.

"Mahasiswa dari keluarga yang berpendapatan isi rumah bawah RM1,500 akan saya sumbangkan komputer riba," coretnya di Twitter hari ini.

Sumbangan hari ini merupakan kesinambungan bantuan yang dihulurkan pada Julai kepada mahasiswa sekitar Muar mahupun pelajar yang baru diterima masuk ke universiti.

Syed Saddiq berkata walau kini bukan lagi bergelar wakil rakyat kerajaan, namun kebajikan penduduk setempat akan terus dipe...