KUALA LUMPUR, Sept. 27 -- Orang ramai diminta tidak mempercayai rawatan alternatif kononnya dapat membuang kolesterol yang tersumbat dalam darah melalui kaki.

Rawatan itu kononnya juga dapat membuang asid urik kristal pada sendi kaki dan dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat.

Seorang pengamal perubatan Dr Arisman berkata gumpalan darah yang disedut keluar dari kaki, kononnya tompokan kolesterol, itu tidak benar kerana pembuluh darah manusia yang bersaiz kecil.

"Jika dia (perawat) tarik darah dari vena (saluran darah) maka dia menipu 100 peratus.

"Dan yang keluar kekuningan itu sebenarnya adalah mungkin plasma darah atau mungkin kimia yang diletakkan untuk bertindak balas dalam beg plastik tersebut," catat Dr Arisman di Facebook....