KUALA LUMPUR, Jan. 19 -- Kerajaan menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP akan dilaksanakan di negeri terlibat bermula 22 Januari ini.

Katanya, keputusan dibuat susulan situasi meruncing dengan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

Sebelum ini Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka telah dikenakan PKP sehingga 26 Januari.

Ia kemudian diikuti Kelantan dan daerah Sibu, Selangau serta Kanowit bermula 16 hingga 29 Januari ini.

Published by HT Digital Content Services with permission from Malay Mail....