PETALING JAYA, Feb. 23 -- Teruk dikecam orang ramai kerana mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru di media sosial, penyampai radio Muhammad Yusuf Shukri dilaporkan meletak jawatan.

Memetik laporan berita The Star, Muhammad Yusuf melepaskan jawatannya pada semalam.

Sebelum ini, Muhammad Yusuf dikecam orang ramai selepas mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

Sedar akan kesilapannya, Muhammad Yusuf kemudian memohon maaf kepada guru tersebut yang merupakan tenaga pengajar di sebuah saluran televisyen pendidikan.

Katanya, tindakan itu adalah keterlaluan yang mana ia melibatkan maruah seorang pendidik.

Published by HT Digital Content Services with permission from ...