KUALA LUMPUR, Oct. 16 -- Juara Sembilan kali MotoGP Valentino Rossi disahkan positif Covid-19.

Rossi disahkan menghidap virus itu ketika menjalani ujian saringan kedua selepas mengalami demam dan keletihan.

Pelumba kelahiran Itali itu berkata, dirinya kini sedang mendapatkan rawatan susulan dan menjalani kuarantin kendiri.

Pada masa sama, Rossiturut meluahkan kekecewaan kerana terpaksa melupakan aksi perlumbaan di litar Aragon, Sepanyol pada hujung minggu ini.

"Saya sangat kecewa kerana terlepas perlumbaan di Aragon. Saya kecewa dan berasa marah kerana dijangkiti virus ini memandangkan segala protokol dan prosedur operasi standard (SOP) telah dilakukan," katanya di Instagram.

Setakat ini, Rossimerupakan pelumba pertama dijangkiti vir...