KUALA LUMPUR, Feb. 24 -- Semakin mencipta nama dalam dunia lakonan, pelakon Riena Diana kini bergelar penyampai radio.

Cukup dikenali dengan watak Laila dalam drama rantaian 'Kampung People', Riena kini menghiburkan pendengar Hot FM pula.

"Geng Pagi Hot sudah lengkap. Hari ini rasmi hari pertama saya selepas segala latihan, hiruk-pikuk dan penyimpanan rahsia yang paling susah.

"Akhirnya diumumkan hari ini. Terima kasih sokongan berterusan anda semua dan terima kasih Hot FM untuk peluang besar ini," katanya.

Geng Pagi Hot sebelum ini dianggotai Fizi Ali, Shuib Sepahtu dan Shuk Sahar.

Shuib paling awal mengundurkan diri bagi memberi okus kepada perniagaan disusuli Shuk yang digantung tugas kerana kemelut rumah tangga.

Shuk kemudiannya...