SHAH ALAM, Jan. 20 -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyumbang satu bulan gaji kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan ketika pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.

Jelas Amirudin, Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor diaktifkan semula bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19.

"Hari ini saya mengumumkan pengaktifan semula tabung ini bagi membantu usaha menangani Covid-19. Sumbangan korporat dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Selangor amat dialu-alukan.

"Saya turut berbesar hati menyumbang gaji saya sebanyak sebulan gaji sebagai permulaan kepada usaha ini," katanya.

Tahun lalu, kerajaan negeri Selangor menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta yang digunaka...