KUALA LUMPUR, Jan. 20 -- Kerajaan Selangor bakal menyalurkan peruntukan khas kepada wakil rakyat negeri itu bagi membantu golongan terjejas susulan pandemik Covid-19.

Menteri besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata di bawah peruntukan khas Rakyat Prihatin, 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan menerima RM100,000 sementara ahli parlimen sejumlah RM50,000.

"Dengan pengumuman ini, program atau aktiviti Rakyat Prihatin membabitkan perolehan atau keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dibuat secara langsung.

"Peruntukan ini adalah sebahagian Pakej Kita Selangor yang menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu penduduk Selangor dan merangsang ekonomi negeri," katanya.

Amirudin ber...