KUALA LUMPUR, Jan. 26 -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

Mengumumkan perkara itu di media sosial, Mohd Zuki berkata ia dilakukan selepas menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Dimaklumkan saya kini menjalani kuarantin kendiri di kediaman saya sehingga 31 Januari 2021 berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

"Ini berikutan salah seorang kontak rapat saya telah didapati positif Covid-19 pada 22 Januari 2021.

"Walau bagaimana pun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran Perkhidmatan Awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi m...