KUALA LUMPUR, Feb. 25 -- Pelakon Janna Nick memohon maaf kerana tidak sensitif mengaitkan ahli kumpulan muzik Korea dalam telefilem arahannya, Delen.

Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner mengaku silap susulan tindakannya mewujudkan sebuah watak bernama 'Lisa Blackpig' sekaligus mengundang kecaman ramai.

"Saya sebagai pengarah dan penerbit telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati dengan kapsyen itu," katanya menerusi satu sidang media, hari ini.

Lisa merupakan salah seorang anggota kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu Blackpink.

Berbakat besar dalam bidang seni, Lisa terkenal di seluruh dunia selain sering tampil menerusi pelbagai program hiburan bersama ahli kumpulan lain.

T...