KUALA LUMPUR, July 14 -- Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menggesa semua wakil rakyat meningkatkan kualiti dan adab perbahasan di Dewan Rakyat.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, wakil rakyat seharusnya bijak berbahas selain menjaga tingkah laku agar tidak terjebak dengan sentimen perkauman.

"Kita perlu perbaiki adab perbahasan di parlimen. Debat parlimen selalunya keras tetapi kita mesti membezakan kata lucu dan serius dengan rasis, seksis dan permain usia," katanya di Twitter, hari ini.

Semalam, sesi perbahasan Dewan Rakyat 'panas' dengan beberapa insiden membabitkan wakil rakyat pembangkang dan penyokong kerajaan.

Antara mencuri tumpuan adalah ungkapan 'gelap tak nampak' dikeluarkan Ahli Parlimen B...