Kuala Lampur, Sept. 16 -- Sabah mencatatkan rekod baharu dengan mempunyai lebih daripada 447 calon daripada 16 parti politik dan 56 calon Bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16.

Terdapat pertembungan lebih dua penjuru di semua kerusi, pertembungan terendah adalah tiga penjuru, dan yang tertinggi dengan 11 calon bertembung untuk mendapatkan kerusi Bengkoka di Kudat.

Selain itu, terdapat 15 pertembungan lima penjuru, 26 pertembungan enam penjuru, 13 pertembungan tujuh penjuru, enam pertembungan lapan penjuru dan tiga pertembungan sembilan penjuru.

Ini bukan sahaja rekod baharu untuk Malaysia, tetapi mungkin juga rekod baharu dunia dan Sabah mungkin layak untuk menyertai Guinness Book of Records walaupun perk...