KUALA LUMPUR, July 15 -- Pelakon Azhan Rani menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih berhemah dalam menjalankan penguatkuasaan.

Azhan, 44, berkata undang-undang wajar dihormati namun, ia perlu dilaksanakan dengan cara terhormat.

"Aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ini di Facebook. Tidak pasti apa kisah sebenarnya. Mungkin sahaja video lama atau baharu.

"Tetapi yang buat aku terkesan apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua," katanya di Instagram.

Pelakon drama 'Nur' itu hari ini memuat naik video berdurasi tiga minit memaparkan perselisihan di antara seorang warga emas dan penguatkuasa.

Seorang penguatkuasa dilihat mencampakka...