KUALA LUMPUR, Oct. 19 -- Gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan negeri Selangor hari ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Tidak terkecuali pakar perubatan Dr Rafidah Abdullah yang mengaitkan masalah gangguan bekalan air dengan saranan penjagaan kebersihan diri bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Jelasnya, ketiadaan air secara tidak langsung menyukarkan individu untuk membasuh tangan dengan kerap sekaligus terpaksa mengabaikan saranan pihak berwajib.

"SOP (prosedur operasi standard) basuh tangan diulangi lagi dan lagi. Tapi macam mana nak basuh tangan kalau tak ada air? Bertabahlah orang Selangor," katanya di Twitter.

Hari ini, lebih 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi ...