KUALA LUMPUR, March 4 -- Sedih mengenangkan rumah mewah di Pavilion Bukit Bintang belum terjual, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berhasrat menyewakannya.

Katanya, apartmen empat bilik dilengkapi perabot gagal dijual walaupun RM6 juta jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

"Disebabkan tiada pembeli. Saya rasa saya hendak sewa sahaja rumah ini pada harga murah.

"Kepada anda yang hendak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM28,000. Sebab musim Covid-19 saya bagi 45 hingga 50 peratus diskaun.

"Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp nombor telefon yang tertera atau anda boleh sewa seminggu. Tiada masalah," jelasnya di media sosial.

Aliff berkata rumah bernilai jutaan ringgit itu...