KUALA LUMPUR, Oct. 13 -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Damansara meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tuduhan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua AMK Damansara Dzulhimi Zainol berkata siasatan itu penting bagi menepis tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada Anwar yang juga Presiden PKR.

"Pelbagai tuduhan serta dakwaan telah dilemparkan sejak kebelakangan ini, terutamanya apabila tarikh keramat Datuk Seri Anwar Ibrahim kian menghampiri.

"...AMK Damansara mendesak agar pihak PDRM dapat menyiasat isu dan dakwaan tersebut," katanya.

Pada 11 Oktober 2020 lalu, AMK Damansara dan Pendang telah membuat satu laporan polis terhadap s...