KUALA LUMPUR, Oct. 20 -- Isteri pelawak Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A. Rahman selamat melahirkan anak keempat mereka di sebuah hospital swasta pada jam 4.41 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Fad di akaun media sosial Instagram, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik, Fad menzahirkan rasa syukur dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Ibrahim Jibriel selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa.

"Syukur alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy (bayi lelaki). Thank you (terima kasih) semua yang mendoakan kami," katanya.

Fad atau nama sebenar Muhamad Fadzlie Mohd Nizam mendirikan rumah tangga dengan Syahirah pada tahun 2015....