PETALING JAYA, Feb. 24 -- Gara-gara menyokong pengambilan vaksin Covid-19, pendakwah Rahmat Ikhsan Sofyan mendakwa dirinya digelar sebagai 'ustaz dajal'.

Mendedahkan perkara itu di media sosial, Rahmat juga dikenali sebagai PU Rahmat bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pihak menggelarnya sedemikian.

Jelas PU Rahmat, setakat ini terdapat lebih 20 individu menggelarnya 'ustaz dajal' dek kerana pendirian menyokong pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan Covid-19.

"Alhamdulillah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajal kerana pendirian yang menyokong vaksin.

"Sekarang Ini kalau aku ustaz dajal, siapa ustazah dajal?" selorohnya di Twitter.

Pengambilan vaksin Covid-19 mendapat tentangan beberapa golongan yang mendakwa wujud agenda ...