PETALING JAYA, Feb. 23 -- Insiden kegagalan enjin pesawat United Airlines menyaksikan syarikat pengeluar kapal terbang Boeing menggantung pengeluaran dan penggunaan model 777.

Menerusi laporan media antarabangsa, penggantungan melibatkan lebih 128 buah pesawat seluruh dunia.

Antara syarikat penerbangan terjejas termasuk Asiana Airlines dan All Nippon Airways yang banyak memiliki pesawat jenis Boeing 777.

Sebelum ini, berlaku insiden kebakaran enjin pada pesawat United Airlines sebaik melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Amerika Syarikat.

Insiden turut menyebabkan serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa kawasan perumahan.

Setakat ini, siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran...