KUALA LUMPUR, Feb. 28 -- Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan kerajaan meneruskan moratorium pukal sebagai satu bala.

Ketua pembangkang berkata kerajaan dilihat cenderung mengutamakan golongan kaya selepas gagal membuktikan majoriti di Parlimen.

"Semalam saya komen kenyataan Menteri Kewangan kononnya bank rugi kerana moratorium.

"Inilah bala bila dapat pemerintah yang tidak ada keabsahan dan juga yang pilih untuk bersama dengan golongan yang maha kaya.

"Ekonomi itu harus ada sisi manusia, yang faham akan rintihan dan kepayahan yang dihadapi rakyat saat ini," katanya.

Pemuda Umno pada Rabu menggesa kerajaan meneruskan moratorium pukal selepas bank meraih untung besar tahun lalu.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ...