PETALING JAYA, Feb. 22 -- Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman yang menggesa parti itu mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), minggu lalu.

Jelasnya, Umno berhak menentukan masa sesuai bagi mendedahkan hasil mesyuarat tersebut selain hanya presiden dan setiausaha agung layak mengumumkan perkara itu.

"Saya perhati seorang ahli MPT sebuah parti ini seolah-olah ada 'assignment' untuk mempersoal dan menyerang Umno secara terbuka.

"Terkini, individu ini menggesa Umno untuk mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat. Ditegaskan jika Umno mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, Umno akan lakukan mengikut waktu dan garis ...