KUCHING, Aug. 30 -- Parti Bumi Kenyalang (PBK) hari ini menggesa ketua Dewan Ulama PAS dihalang masuk ke Sarawak.

Pengarah hal ehwal politiknya berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri selepas Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh memberi perspektif salah tentang Bible.

"Gagal berbuat demikian menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau wakil rakyatnya tidak sensitif terhadap perkara yang boleh mencetuskan kekeliruan terhadap penganut Kristian," kata Raymond Thong.

Wakil rakyat Pasir Puteh semasa berucap di Parlimen pada Rabu mendakwa kitab Injil sudah dipesong atau diubah.

Thong berkata kenyataan Nik Zawawi tidak bertanggungjawab dan melukai peraaan penganut Kristian.

Katanya, keengganan Nik Zawawi memohon maaf mencetuskan kemarahan p...