PETALING JAYA, Feb. 24 -- Menjadi lumrah bagi ahli politik berdepan kritikan dan serangan peribadi yang kadang-kala begitu berat sehingga mencalarkan maruah seseorang.

Sedar akan hal itu, Datuk Nurulhidayah merupakan anak kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi 'rahsia' bapanya mendepani pelbagai ujian dan rintangan dalam arena politik.

Berdasarkan perbualan Nurulhidayah bersama bapanya, anak sulung kepada Presiden Umno itu berkata antara kunci utama mengharungi ombak dan badai politik adalah 'sabar'.

"Saya tanya abah (Ahmad Zahid), macam mana abah boleh sabar tak keluarkan kata-kata marah pada mereka yang abah tahu 'aktiviti gelap' untuk menjatuhkan abah? Abah jawab simple 'sabar'.

"Saya tak puas hati. Saya asak ...