KUALA LUMPUR, March 5 -- Pendakwah Ustaz Abdullah Khairi Haroon

UAK, 52, berkata para pelajar seharusnya mengucapkan terima kasih dan bukan melemparkan cacian terhadap guru yang telah banyak mencurahkan ilmu selama ini.

Jelas UAK lagi, seseorang individu tidak semestinya diukur dengan kecerdikan atau kepandaian tetapi, setinggi mana akhlak yang ditonjolkan.

"Anak bangsaku! Sudah hilang akhlakmu. Kamu ingat kamu boleh membaca, mengira dan menulis kerana dirimu sendiri!

"Tidak salah biar bodoh tetapi akhlak mulia. 'Cikgu terima kasih atas segalanya!' Tidak salah pun," katanya di Instagram, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial foto seorang pelajar menconteng kata-kata cacian pada pakaian seragam sekolah yang ditujukan kepada guru....