Kuala Lampur, Oct. 18 -- Hubungan Umno dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh digambarkan sebagai "no trust, only mutual respect."

Umno tidak pernah mempercayai PPBM kerana ia ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan Umno.

Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawat pada Februari lepas, Umno bertindak menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Hasrat Umno adalah untuk memberikan impetus atau lonjakan baru kepada kedinamikan Malaysia.

Terutamanya dengan membawa pengalaman yang ada pada Umno bagi mentadbir semula negara setelah kerajaan Pakatan Harapan menggagalkan dirinya sendiri dan lari dari mandat mereka.

Setelah tujuh bulan, kegelisahan Umno dengan PPBM semakin menyerlah.

Umum mengeta...